Celakalah orang-orang yang melampau (dalam agama)
Daripada Abdullah bin Mas'ud, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Celakalah orang-orang yang melampau (dalam agama)," baginda mengucapkannya tiga kali.
Search and read verified Prophetic hadeeth translations, explanations, benefits, categories and source attribution. Page 2.
Smart instant results tolerate minor spelling mistakes, with every filter in one place.
Daripada Abdullah bin Mas'ud, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Celakalah orang-orang yang melampau (dalam agama)," baginda mengucapkannya tiga kali.
Daripada Sahl bin Sa‘d RA, daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda: "Sesiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua-dua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua-dua kakinya, maka aku jamin baginya syurga."
Daripada Abu Musa al-Asy'ari رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: «Apabila seorang hamba sakit atau dalam perjalanan, maka akan dicatatkan untuknya (pahala) seumpama amalan yang biasa dilakukannya ketika dia men…
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sebaik-baik zikir adalah 'La Ilaha Illallah', dan sebaik-baik doa adalah 'Alhamdulillah'."
Daripada Ibn Mas'ud RA, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: «Syurga lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu daripada tali sandalnya, dan neraka juga demikian.»
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Bersugi itu menyucikan mulut, dan mendatangkan keredaan Tuhan.”
Daripada Abu Hurayrah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat seterusnya, dan Ramadan ke Ramadan seterusnya adalah penghapus dosa-dosa yang ada di antara kedua-duanya, selagi mana dijauhi daripada dosa-dosa besar."
Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa, dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya di dalam neraka…
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci."
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima: membalas salam, menziarahi yang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin."
Daripada Jabir RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Semoga Allah merahmati seseorang yang bermudah-mudah apabila menjual, membeli, dan menuntut haknya."
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Dahulu ada seorang lelaki yang sering memberi hutang kepada orang ramai. Dia biasa berkata kepada pembantunya: “Jika engkau datang kepada seorang penghutang yang dalam kesempitan, maka b…
Follow any language without creating an account.