HadeethEnc · 1.2.0
Apabila seorang hamba sakit atau dalam perjalanan, maka akan dicatatkan untuknya (pahala) seumpama amalan yang biasa dilakukannya ketika dia menetap dan sihat
Available translations
Choose an available translation of this Hadeeth
01
Hadeeth text
Daripada Abu Musa al-Asy'ari رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: «Apabila seorang hamba sakit atau dalam perjalanan, maka akan dicatatkan untuknya (pahala) seumpama amalan yang biasa dilakukannya ketika dia menetap dan sihat».
02
Explanation
Nabi صلى الله عليه وسلم mengkhabarkan tentang kurnia dan rahmat Allah, bahawa apabila seorang Muslim yang lazim melakukan suatu amalan soleh ketika sihat dan bermukim, kemudian dia mendapat keuzuran lalu jatuh sakit sehingga tidak mampu melakukannya, atau sibuk kerana bermusafir, atau sebarang keuzuran lain; maka dicatatkan untuknya pahala yang sempurna, sepertimana jika dia melakukannya ketika sihat dan bermukim.
03
Benefits
Luasnya pemberian Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
Galakan untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan dan memanfaatkan waktu ketika sihat dan lapang.
Galakan untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan dan memanfaatkan waktu ketika sihat dan lapang.
Attribution
[رواه البخاري]
Categories
Share
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

