Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan dalam segala perkara
Choose an available translation of this Hadeeth
Hadeeth text
Daripada Abu Ya‘lā, Shaddād bin Aws رضي الله عنه, daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan dalam segala perkara. Apabila kamu membunuh, maka ihsanlah dalam membunuh. Apabila kamu menyembelih, maka ihsanlah dalam penyembelihan. Hendaklah setiap daripada kamu mengasah pisaunya dan hendaklah dia memberikan rasa nyaman kepada sembelihannya."
Explanation
Ihsan ketika membunuh dalam pelaksanaan qisas ialah dengan memilih cara yang paling mudah, paling ringan dan paling cepat untuk mengakhiri nyawa orang yang dihukum.
Ihsan ketika menyembelih dalam penyembelihan haiwan ialah dengan berlaku baik terhadap haiwan tersebut, iaitu dengan menajamkan alat sembelihan, tidak menajamkannya di hadapan haiwan sembelihan yang melihat dan tidak menyembelih seekor haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang sedang melihatnya.
Benefits
Berbuat baik dalam membunuh dan menyembelih dengan cara yang disyariatkan.
Kesempurnaan syariat Islam yang merangkumi segala kebaikan, termasuk kasih sayang terhadap haiwan dan berlemah-lembut dengannya.
Larangan memotong atau mencacatkan anggota manusia setelah dibunuh.
Pengharaman segala bentuk penyeksaan terhadap haiwan.
Attribution
Categories
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

