Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) pada setiap perkara
Choose an available translation of this Hadeeth
Hadeeth text
Daripada Syaddād bin Aus رضي الله عنه, beliau berkata:
"Dua perkara yang aku ingat daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) pada setiap perkara, maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan cara yang baik. Apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaklah salah seorang daripada kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada haiwan sembelihannya."
Explanation
Ihsan ketika membunuh dalam pelaksanaan qisas ialah dengan memilih cara yang paling mudah, paling ringan dan paling cepat untuk mengakhiri nyawa orang yang dihukum.
Ihsan ketika menyembelih dalam penyembelihan haiwan ialah dengan berlaku baik terhadap haiwan tersebut, iaitu dengan menajamkan alat sembelihan, tidak menajamkannya di hadapan haiwan sembelihan yang melihat dan tidak menyembelih seekor haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang sedang melihatnya.
Benefits
Berbuat baik dalam membunuh dan menyembelih dengan cara yang disyariatkan.
Kesempurnaan syariat Islam yang merangkumi segala kebaikan, termasuk kasih sayang terhadap haiwan dan berlemah-lembut dengannya.
Larangan memotong atau mencacatkan anggota manusia setelah dibunuh.
Pengharaman segala bentuk penyeksaan terhadap haiwan.
Attribution
Categories
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

