Duhai anakku, saya ingin ajarkan kamu beberapa perkara: Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah hak Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya selalu bersamamu. Apabila kamu memohon sesuatu, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memerlukan pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah
Choose an available translation of this Hadeeth
Hadeeth text
Daripada Abu al-‘Abbās, ‘Abdullah bin ‘Abbās رضي الله عنهما, beliau berkata: “Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu baginda bersabda: "Duhai anakku, saya ingin ajarkan kamu beberapa perkara: Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah hak Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya selalu bersamamu. Apabila kamu memohon sesuatu, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memerlukan pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah bahawa jika seluruh manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, mereka tidak dapat melakukannya melainkan dengan izin Allah. Dan jika mereka berkumpul untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan berjaya melakukannya melainkan sesuatu yang Allah telah tetapkan. Pena telah diangkat dan takdir telah ditulis." Dalam satu riwayat selain al-Tirmidhi disebut:
“Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Dekatlah kepada Allah ketika senang nescaya Dia akan mengenalimu dalam kesusahan. Ketahuilah bahawa apa yang terlepas daripada kamu tidak akan menimpamu, dan apa yang akan menimpamu tidak akan terlepas daripada kamu. Ketahuilah bahawa kemenangan datang bersama kesabaran, kemudahan datang bersama kesempitan dan bersama kesukaran pasti ada kelapangan.”
Explanation
Benefits
Balasan setimpal dengan perbuatan.
Perintah supaya bergantung harap kepada Allah dan bertawakal hanya kepada-Nya, kerana Dia-lah sebaik-baik Pelindung.
Beriman kepada qada' dan qadar Allah, serta menerima ketentuan-Nya kerana Allah telah menetapkan segala sesuatu.
Sesiapa yang mengabaikan urusan Allah, maka Allah akan membiarkannya dan tidak menjaganya.
Khabar gembira yang agung ialah apabila seseorang ditimpa kesusahan, hendaklah ia menantikan kesenangan.
Ia merupakan satu bentuk penyejuk hati bagi hamba apabila ditimpa musibah dan kehilangan sesuatu yang disayangi. Dalam sabda Nabi ﷺ: «Ketahuilah, apa yang menimpa kamu itu tidak mungkin terlepas daripada kamu, dan apa yang terlepas daripada kamu itu tidak mungkin menimpa kamu», ayat pertama memberikan rasa tenang ketika menghadapi perkara yang tidak disukai, manakala ayat kedua memberikan ketenangan apabila sesuatu yang disukai terlepas daripada dirinya.
Attribution
Categories
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

