HadeethEnc · 1.2.0
Bahawa Nabi ﷺ apabila pergi ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua telapak tangannya, kemudian meniup pada keduanya lalu membaca: {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}
Available translations
Choose an available translation of this Hadeeth
01
Hadeeth text
Daripada Aisyah RA: Bahawa Nabi ﷺ apabila pergi ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua telapak tangannya, kemudian meniup pada keduanya lalu membaca: {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}, kemudian baginda menyapu bahagian badannya yang dapat dicapai dengan kedua-dua tangannya, bermula dari kepala, muka, dan bahagian hadapan badannya. Baginda melakukan perkara itu sebanyak tiga kali.
02
Explanation
Antara sunnah Baginda ﷺ, apabila hendak tidur di pembaringannya, baginda akan menyatukan kedua-dua tapak tangannya dan mengangkatnya -seperti orang yang berdoa-, lalu meniup ke dalamnya dengan tiupan yang lembut berserta sedikit air liur, dan membaca tiga surah: {قل هو الله أحد}, {قل أعوذ برب الفلق}, dan {قل أعوذ برب الناس}. Kemudian, baginda menyapu dengan kedua-dua tapak tangannya pada bahagian badannya yang mampu dicapai; bermula dengan kepala, muka, dan bahagian hadapan badannya. Baginda mengulangi perbuatan ini tiga kali.
03
Benefits
Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas sebelum tidur, kemudian menghembus halus dengannya dan mengusap ke seluruh bahagian badan yang mampu dicapai.
Attribution
[رواه البخاري]
Categories
Share
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

