Aku ialah Dhimam bin Tha'labah, saudara dari Bani Saad bin Bakr
Choose an available translation of this Hadeeth
Hadeeth text
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk bersama Nabi ﷺ di masjid, masuklah seorang lelaki menaiki seekor unta. Dia menyuruh unta itu duduk di dalam masjid lalu menambatkannya. Kemudian dia berkata kepada orang-orang di situ: "Siapakah antara kamu Muhammad?" Pada ketika itu Nabi ﷺ sedang bersandar di tengah-tengah kami. Kami pun berkata: "Itulah lelaki berkulit putih yang sedang bersandar." Lelaki itu berkata kepada baginda: "Wahai anak Abdul Muttalib!" Lalu Nabi ﷺ bersabda: "Aku telah menjawabmu." Lelaki itu berkata kepada Nabi ﷺ: "Aku akan bertanya kepadamu, dan aku akan bersikap tegas dalam pertanyaanku; maka janganlah engkau menyimpan rasa terhadapku." Baginda bersabda: "Tanyalah apa sahaja yang terlintas bagimu." Dia berkata: "Aku bertanya kepadamu demi Tuhanmu dan Tuhan orang-orang sebelummu, adakah Allah yang mengutuskanmu kepada seluruh manusia?" Baginda bersabda: "Ya Allah, benar." Dia berkata: "Aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkanmu agar kami mendirikan solat lima waktu sehari semalam?" Baginda bersabda: "Ya Allah, benar." Dia berkata: "Aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkanmu agar kami berpuasa pada bulan ini dalam setahun?" Baginda bersabda: "Ya Allah, benar." Dia berkata: "Aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkanmu untuk mengambil sedekah ini daripada orang-orang kaya dalam kalangan kami lalu membahagikannya kepada orang-orang miskin dalam kalangan kami?" Lalu Nabi ﷺ bersabda: "Ya Allah, benar." Lelaki itu berkata: "Aku beriman dengan apa yang engkau bawa, dan aku adalah utusan bagi pihak kaumku yang berada di belakangku. Aku ialah Dhimam bin Tha'labah, saudara dari Bani Saad bin Bakr."
Explanation
Benefits
Akhlak Nabi ﷺ yang mulia, kelembutan baginda dalam menjawab orang yang bertanya, dan sesungguhnya jawapan yang baik merupakan antara sebab diterimanya dakwah.
Keharusan mengenalkan seorang lelaki dengan sifat putih dan kemerahan, tinggi dan pendek, dan seumpamanya, selagi mana tidak bertujuan untuk mencela, dan jika dia tidak membencinya.
Keharusan masuknya orang kafir ke masjid kerana hajat.
Haji tidak disebutkan dalam hadis kerana mungkin ia belum difardukan ketika itu.
Para sahabat amat bersungguh-sungguh dalam berdakwah kepada manusia; sebaik sahaja seseorang memeluk Islam, beliau akan terus menyeru kaumnya.
Attribution
Categories
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

