Ketika Allah menciptakan syurga dan neraka, Dia mengutuskan Jibril ‘alaihis salam
Choose an available translation of this Hadeeth
Hadeeth text
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: «Ketika Allah menciptakan syurga dan neraka, Dia mengutuskan Jibril ‘alaihis salam ke syurga, lalu Dia berfirman: 'Lihatlah kepadanya dan kepada apa yang telah Aku sediakan untuk ahlinya di dalamnya.' Maka Jibril pun melihatnya lalu kembali dan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, tidak ada seorang pun yang mendengarnya melainkan pasti akan memasukinya.' Maka Allah memerintahkan agar syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci, lalu Dia berfirman: 'Pergilah kepadanya, lihatlah kepadanya dan kepada apa yang telah Aku sediakan untuk ahlinya di dalamnya.' Maka Jibril melihat kepadanya, dan ternyata ia telah diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci. Lalu dia berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku bimbang tiada seorang pun yang akan dapat memasukinya.' Dia berfirman: 'Pergilah, lihatlah neraka dan apa yang telah Aku sediakan untuk ahlinya di dalamnya.' Maka Jibril melihat kepadanya, dan ternyata api neraka bergelora sebahagiannya menimpa sebahagian yang lain. Lalu dia kembali dan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, tiada seorang pun yang akan memasukinya.' Maka Allah memerintahkan agar neraka diliputi dengan syahwat, lalu Dia berfirman: 'Kembalilah dan lihatlah kepadanya.' Maka Jibril melihat kepadanya, dan ternyata ia telah diliputi dengan syahwat. Lalu dia kembali dan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku bimbang tiada seorang pun yang akan selamat daripadanya, melainkan dia pasti akan memasukinya».
Explanation
Benefits
Kita wajib beriman kepada perkara ghaib dan segala yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya ﷺ.
Kepentingan kesabaran dalam menghadapi musibah kerana ia adalah jalan yang membawa ke syurga.
Kepentingam menjauhi perkara-perkara yang diharamkan kerana ia adalah jalan yang membawa ke neraka.
Menjadikan syurga dikelilingi oleh kesukaran, dan neraka oleh syahwat, adalah tuntutan ujian dan cubaan dalam kehidupan dunia.
Jalan syurga itu sukar dan payah, serta memerlukan kesabaran dan perjuangan berserta iman, manakala jalan neraka dipenuhi dengan kelazatan dan syahwat di dunia.
Attribution
Categories
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

