“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam
Choose an available translation of this Hadeeth
Hadeeth text
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam, Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
Explanation
1- Bercakap baik: Termasuk menyebut tasbih dan tahmid, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berusaha menyelesaikan pertelingkahan di antara manusia. Jika tidak mampu berbuat demikian, hendaklah dia diam, menjauhi perkara yang membahayakan serta menjaga lidahnya daripada berkata buruk.
2- Menghormati jiran iaitu dengan berbuat baik kepadanya dan tidak menyakitinya.
3- Menghormati tetamu yang datang mengunjungimu iaitu dengan kata-kata yang baik, menyediakan makanan dan sebagainya.
Benefits
Berhati-hati daripada keburukan lidah.
Agama Islam adalah agama perpaduan dan kedermawanan.
Sifat-sifat ini termasuk cabang-cabang iman dan adab-adab yang terpuji.
Banyak bercakap boleh membawa kepada perkara yang tidak baik atau haram. Keselamatan terletak pada menahan diri daripada bercakap kecuali tentang kebaikan.
Attribution
Categories
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

