Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhi sesuatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah beberapa suapan untuk anak Adam menegakkan tulang belakangnya. Jika tidak dapat dielakkan, maka (jadikanlah) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya
Choose an available translation of this Hadeeth
Hadeeth text
Daripada Al-Miqdām bin Ma‘dī Karib رضي الله عنه, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhi sesuatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah beberapa suapan untuk anak Adam menegakkan tulang belakangnya. Jika tidak dapat dielakkan, maka (jadikanlah) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya."
Explanation
Benefits
Tujuan makan ialah untuk memelihara kesihatan dan kekuatan, dan dengan itu terpelihara keselamatan hidup.
Memenuhkan perut dengan makanan boleh mendatangkan kemudaratan dari segi jasmani dan agama. Saidina Umar رضي الله عنه berkata: “Jauhilah daripada memenuhi perut, kerana ia perosak tubuh badan dan penyebab malas untuk menunaikan solat.”
Makanan dari segi hukum dibahagikan kepada beberapa jenis: Wajib, iaitu makanan yang memelihara kehidupan dan meninggalkannya mendatangkan kemudaratan. Dibenarkan, iaitu makanan yang melebihi keperluan wajib tetapi tidak berbahaya. Makruh, iaitu makanan yang dikhuatiri mendatangkan mudarat. Haram, iaitu makanan yang diketahui mendatangkan kemudaratan. Sunat, iaitu makanan yang membantu seseorang menunaikan ibadah dan ketaatan kepada Allah. Kesemuanya diringkaskan dalam hadis dalam tiga peringkat: Pertama, memenuhkan perut. Kedua: Makanan atau suapan yang menguatkan tulang belakang. Ketiga: Sabda Nabi ﷺ: “Satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya, dan satu pertiga untuk nafasnya.” Semua ini tertakluk kepada syarat bahawa jenis makanan yang dimakan adalah halal.
Hadis ini merupakan salah satu asas dalam ilmu perubatan. Oleh sebab ilmu perubatan berlandaskan kepada tiga prinsip: memelihara kekuatan, menjaga kesederhanaan, dan pengosongan (detoksifikasi), maka hadis ini merangkumi dua prinsip yang awal daripadanya. Seperti firman Allah: (“Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”) [Surah al-A‘raf: 31]."
Sempurnanya syariat ini kerana ia merangkumi kebaikan manusia dalam urusan agamanya dan dunianya.
Antara ilmu syariat terdapat asas-asas perubatan dan pelbagai jenisnya, sebagaimana yang disebutkan tentang madu dan jintan hitam (Habbatus Sauda).
Syariat Islam mengandungi hukum-hukum yang penuh dengan hikmah, dan ia dibina atas asas mencegah kemudaratan serta mendatangkan manfaat.
Attribution
Categories
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

