HadeethEnc · 1.2.0
Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang yang membalas, tetapi orang yang menyambung tali persaudaraan ialah orang yang apabila tali persaudaraannya diputuskan, maka dia menyambungkannya
Available translations
Choose an available translation of this Hadeeth
01
Hadeeth text
Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang yang membalas, tetapi orang yang menyambung tali persaudaraan ialah orang yang apabila tali persaudaraannya diputuskan, maka dia menyambungkannya."
02
Explanation
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa manusia yang sempurna dalam menyambung silaturahim dan berbuat baik kepada kaum kerabat bukanlah orang yang membalas kebaikan dengan kebaikan, Bahkan, penyambung silaturrahim yang hakiki dan sempurna ialah orang yang menyambung kembali hubungan yang telah diputuskan; dan sekalipun mereka berbuat jahat kepadanya, dia tetap membalas mereka dengan kebaikan.
03
Benefits
Silaturahim yang diiktiraf menurut syarak adalah dengan menyambung hubungan dengan orang yang memutuskannya daripadamu, memaafkan orang yang menzalimimu, dan memberi kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu, dan bukanlah silaturahim yang bersifat saling membalas.
Menyambung silaturahim adalah dengan menyampaikan kebaikan seperti harta, doa, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan yang seumpamanya, serta menolak keburukan daripada mereka, sekadar yang termampu.
Menyambung silaturahim adalah dengan menyampaikan kebaikan seperti harta, doa, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan yang seumpamanya, serta menolak keburukan daripada mereka, sekadar yang termampu.
Attribution
[رواه البخاري]
Categories
Share
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

