HadeethEnc · 1.2.0
Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tidak berkata buruk, dan tidak melakukan maksiat, maka dia kembali seperti hari dilahirkan oleh ibunya
Available translations
Choose an available translation of this Hadeeth
01
Hadeeth text
Daripada Abu Hurayrah RA, beliau berkata: Saya mendengar Nabi ﷺ bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tidak berkata buruk, dan tidak melakukan maksiat, maka dia kembali seperti hari dilahirkan oleh ibunya."
02
Explanation
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah SWT dan tidak melakukan rafath, iaitu persetubuhan dan mukadimahnya seperti mencium dan bersentuhan, serta kata-kata keji dan tidak melakukan fusuq dengan melakukan maksiat dan perbuatan dosa. Antara perbuatan fasik ialah melakukan larangan-larangan ihram, dia kembali dari hajinya dalam keadaan diampunkan, sebagaimana seorang bayi dilahirkan bersih daripada dosa-dosa.
03
Benefits
Kefasikan, walaupun dilarang dalam semua keadaan, larangannya lebih ditekankan semasa haji demi mengagungkan manasik haji.
Manusia lahir dalam keadaan bersih daripada dosa; dia tidak menanggung dosa orang lain.
Manusia lahir dalam keadaan bersih daripada dosa; dia tidak menanggung dosa orang lain.
Attribution
[متفق عليه]
Categories
Share
Share hadeeth
Sharing options · 0 Total shares

