Zakat Fitrah
Zakat Fitrah. Bagaimana kamu mensucikan amalan berpuasa daripada kekotoran yang mencacatkannya? Bagaimana ingin membahagiakan hati para fakir dan miskin, agar mereka berbahagia dengan Aidilfitri sepertimana bahagianya kamu? Perhatikanlah, hayatilah athar ini: Dari Ibn Abbas – redha Allah ke atas mereka -, beliau berkata: Rasulullah -selawat dan salam ke atasnya- telah menfardhukan zakat fitrah. Mensucikan orang yang berpuasa dari kesia-sian percakapan dan kekejian perbuatan; dan ia menjadi kekenyangan...
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah.
Bagaimana kamu mensucikan amalan berpuasa daripada kekotoran yang mencacatkannya?
Bagaimana ingin membahagiakan hati para fakir dan miskin, agar mereka berbahagia dengan Aidilfitri sepertimana bahagianya kamu?
Perhatikanlah, hayatilah athar ini:
Dari Ibn Abbas – redha Allah ke atas mereka -, beliau berkata:
Rasulullah -selawat dan salam ke atasnya- telah menfardhukan zakat fitrah. Mensucikan orang yang berpuasa dari kesia-sian percakapan dan kekejian perbuatan; dan ia menjadi kekenyangan bagi orang-orang miskin.”
Zakat fitrah wajib ke atas semua muslim; untuk dirinya dan juga orang yang dibawah tanggungan kewajibannya seperti isterinya, dan anak-anaknya.
Ia menjadi wajib apabila dia mempunyai makanan yang lebih untuk dirinya, dan juga untuk keluarga pada hari tersebut.
Tidak disyaratkan untuk si pembayar zakat fitrah untuk mempunyai kekayaan dan jumlah harta yang tertentu.
Kadar wajib bagi bagi setiap pembayar zakat ini mengikut timbangan makanan, biji-bijian, buah-buahan yang menjadi makanan ruji manusia. Contohnya seperti buah tamar, nasi dan kekacang.
Daripada Ibn Umar – redha Allah ke atas mereka – berkata bahawa:
Rasulullah – selawat dan salam ke atas baginda – telah menfardhukan zakat fitrah satu sha’ tamar atau satu sha’ gandum, diberikan kepada hamba, yang merdeka, lelaki, wanita, kanak-kanak mahupun yang dewasa, dari kalangan muslimin.
Baginda menyuruh untuk melaksanakannya sebelum manusia menunaikan solat. Wajib ketika terbenamnya matahari di hari akhir bulan Ramadan.
Tunaikan zakat fitrah sebelum solat Aidilfitri, inilah yang paling afdhal.
Namun, tidak mengapa untuk tunaikan zakat sehari atau dua hari sebelum Aidilfitri, iaitu pada malam hari ke dua puluh lapan Ramadan. Kerana bulan Ramadan boleh menjadi 29 hari atau 30 hari.
Siapa yang tidak menunaikan zakat fitrah kepada Aidulfitri, maka dia telah berdosa, kecuali ada uzur baginya.
Wajib baginya untuk qadha.
Maka laksanakanlah zakat fitrah untuk kebaikan diri dan baiknya buku amalan.
File | Action |
---|---|
Zakat Fitrah | Download |
Zakat Fitrah
Scan QR Code | Use a QR Code Scanner to fast download directly to your mobile device